Wednesday, August 12, 2009

minggu pertama

Selamat bersua lagi.

Kali ini medan teknologi maklumat bergema lagi di bawah seliaan Dr Normaliza. Pastinya seribu pengetahuan dan maklumat baru bakal saya ceduk dan pelajari. Kursus ini menuntut seribu usaha dan kesungguhan kerana terdapat banyak kerja amali yang boleh dilakukan secara santai di rumah atau di mana-mana saja, asalkan anda mempunyai perkakasan dan teknologi selari dengan kehendak kursus. Secara peribadi saya mengemari kursus yang boleh dijalankan secara santai dan peribadi di rumah atau di mana-mana, bila-bila masa saja, kerana kita tidak perlu keluar rumah atau perpustakaan untuk mencari rujukan atau bahan, lebih-lebih lagi situasi sekarang yang tidak menggalakkan kita kerap ke tempat awam melainkan perlu sahaja.
Di samping itu, kita dapat menjalankan aktiviti tersebut bersama keluarga mengikut kemahuan kita sendiri. Namun terdapat juga beberapa kekangan dan masalah yang timbul terutamanya hal seperti yang saya alami. Antaranya ialah ketiadaan perkhidmatan internet di rumah. Hal ini sangat rumit dan menjadi halangan yang utama kepada saya untuk mengakses serta menyiapkan tugasan yang diberikan. Jadi untuk memenuhi tuntutan tugasan kursus, tidak dapat tidak saya terpaksa ke siber kafe untuk melengkapkan tugasan.
Sehubungan itu, saya perlu memberi ruang masa yang selesa untuk berkujung ke siber kafe, memperuntukkan kewangan yang mencukupi untuk menampung perbelanjaan tambahan di samping perbelanjaan lain. Apa pun alasan yang diberikan, saya tidak berputus asa untuk memenuhi segala kehendak dan tuntutan tugasan. Namun begitu, alhamdulilah rakan dan taulan saya sedia memberi bantuan dan khidmat untuk memudahkan urusan dan kerja saya. Bagi mereka yang mempunyai kemudahan ini pastinya tidak menjadi masalah cuma, bertitik tolak dari dalam diri sendiri, sama ada mahu atau tidak itu saja. Walaupun begitu, saya pastinya akan berusaha dan cuba buat yang terbaik untuk mencapai tahap yang dapat menepati kehendak kursus ini.
Sekian terima kasih, pastinya kita bersua lagi..

6 comments:

  1. walaupun apa halangan, kita tetap perlu selesaikan masalah itu ...
    dengan kesungguhan kak, dapatlah kak mendapati manfaat daripadanya...;>>

    ReplyDelete
  2. memang betul la manying...banyak sangat ilmu yang kita dapat...dah tepu rasanya

    ReplyDelete
  3. semester ni kita bersua kembali dengan dr normaliza...pastinya akan banyaklah tugasan yang akan diberi dan maka banyaklah juga ilmu yang diterima.Mungkin kita akan berasa susah dalam melakukan tugasan yang diberi kerana kita tidak biasa dengannya.Namun apabila kita dah biasa pastinya ia akan memudahkan kita dan kita akan dapat banyak manfaatnya.

    ReplyDelete
  4. Pensyarah BI semester 2 saya pernah bertanya kepada saya bagaimana saya boleh hidup sampai sekarang tanpa internet.

    Masa saya terasa seksa sangat kerana tiada internet ialah perlu menyiapkan assignment forum BI dan mencetak latihan serta nota dari internet. Kenalah saya mengunjung ke siber kafe dan bersusah payah untuk save maklumat di situ (settingnya berbeza dengan komputer di rumah).

    Oleh itu, saya memahami kesulitan yang dihadapi oleh akak.

    Nasib baik saya sudah ada internet di rumah. Jikalau tidak, saya mesti dah lama jatuh pengsan.

    Semoga semua assignment akak dapat diselesaikan dengan lancar. :-)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Habsah,
    Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.Takpe sekarang agak menyulitkan bagi hang untuk menyiapkan tugasan sebab masalah internet, tapi itu hanya masalah kecil aje dong..Datang rumah aku untuk surf internet,pastu aku boleh jamu hang dengan pisang goreng...he..he..Tapi apa yang kita semua harus sentiasa ingat ialah, bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Tepuk dada tanya akal...Apa-apa pun semoga kesejahteraan sentiasa mengiringi kita semua..InsyaAllah..

    ReplyDelete
  6. Kita sama-sama ada masalah sebegini. Yang bertuah, kita sudah mahir dalam menggunakan teknologi maklumat ini. Semoga kita dapat menyiapkan tugasan kita dengan baik.

    ReplyDelete